MENU

Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Kejiranan Terbaik Peringkat MPP, Anugerah Sekolah Hijau, Pertandingan Kebun Komuniti dan Pertandingan Kutipan Minyak Masak Terpakai telah diadakan pada 20 Disember 2022 yang bertempat di Bangi Resort Hotel. Majlis ini merupakan kerjasama di antara Jabatan Perancangan Pembangunan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kajang dan seramai 150 orang telah menghadiri majlis tersebut yang terdiri daripada Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ahli Majlis, Pengarah Jabatan, Panel Juri dan wakil-wakil pemenang.

 

Hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang iaitu Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain dan diiringi oleh Timbalan Yang Dipertua, Tuan Kamaruzaman Bin Salimin serta pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan iaitu Haji Reduan Bin Idris dan pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat iaitu Puan Rosaliza Binti Ghazali. Turut memeriahkan Majlis ialah penampilan istimewa daripada kumpulan One Avenue Band.

Majlis penghargaan ini diharap dapat memberikan suntikan yang positif kepada para pemenang dan melahirkan warga penduduk MPKj yang progresif dan berdaya.

penyampaian hadiah minyak