MENU

Isnin, 6 Mac 2023. Majlis Perbandaran Kajang telah dijemput bagi menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan Hybrid baharu di Nichicon Bandar Baru Bangi.

Majlis dihadiri kira-kira 50 orang yang terdiri DCP Dato' Sasikala Devi A/P Subramaniam (Timbalan Ketua Polis Selangor), Puan Gs. Nursilawati Abd Rahim (Pegawai Pelaburan/Pegawai Perancang Bandar Dan Desa, Majlis Perbandaran Kajang), Pengerusi Bangi Industry Administrative Association dan pegawai serta kakitangan Nichicon sendiri.

Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas pembinaan bangunan baharu Nichicon yang telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Nichicon iaitu Encik Hirokazu Goto.

Jemputan khas ke Majlis ini ialah wakil dari kedutaan Jepun iaitu Encik Yosuke Kurotani dan wakil daripada Japanese Chamber of Trade and Industry Malaysia (JACTIM) iaitu Encik Tanaka Daisuke.

Bangunan Hybrid