MENU

MPKj telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan Dan Pendengaran Awam Rancangan Tempatan MPKj Selangor 2035 (Pengubahan 1) pada 5 Januari 2023 bagi mendengar bantahan yang diterima semasa Program Publisiti Dan Penyertaan Awam yang diadakan pada 20 Oktober 2022 hingga 18 November 2022.  

Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Tuan Ng Zhe Han, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kg Baru Negeri Selangor.

Turut hadir wakil dari agensi teknikal termasuk Lembaga Perancang Bandar Malaysia, PlanMalaysia @ Selangor, UPEN Selangor dan lain-lain serta 36 orang pembantah yang telah mengemukakan borang bantahan semasa publisiti dilaksanakan.

pengubahan