MENU

Tarikh: 18 Mei 2023 (Khamis)
Masa: 11.00 pagi - 11.10 pagi

Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) serta Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia (MPAM).

Program tahunan ini diadakan secara serentak diseluruh Malaysia dengan penglibatan segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada pemimpin, jabatan kerajaan, swasta institusi pembelajaran dan individu-individu.

Program ini bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit, sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

Sehubungan dengan itu, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah melaksanakan program ini dan disertai oleh Yang Dipertua MPKj, Timbalan Yang Dipertua MPKj, Pengarah Jabatan dan Kakitangan MPKj.

#mpkjkearahbandaraya
#kitaselangor
#malaysiamadani #selangormembaca #jombacabersama
#jombacabersama2023
#selangorlibrary

jom baca