MENU

Nama : Sr. Abdul Haizul Faisal bin Abdul Hamid P.P.T
Emel   : haizul [at] mpkj [dot] gov [dot] my

Objektif
Mengurus aset aset milik majlis dari segi penyewaan, penyelenggaraan, insurans supaya dapat memberikan kepuasan dan keselesaan kepada penyewa serta meningkat hasil bukan cukai Majlis pada tahap optimum.

Misi

  • Mempertingkatkan kutipan hasil bukan cukai pada tahap optimum mengikut semakan kadar sewaan semasa.
  • Mengurus dan menyelenggara harta-harta Majlis supaya dapat memberikan kepuasan dan keselesaan kepada penyewa.
  • Bertindak secara proaktif terhadap sebarang aduan.
  • Mengurus dan memproses penyewaan Kawasan Lapang, Papan Tanda Iklan Luaran (Billboard) atas tanah kerajaan di dalam kawasan pentadbiran Majlis.
  • Mewujudkan usahasama dengan pihak swasta untuk membangunkan tanah milik  MPKj

Visi

  • Mengoptimakan kadar penghunian dan kutipan sewaan harta-harta Majlis.
  • Mempertingkatkan kutipan dan mengurangkan tunggakan sewa.
  • Menyelaras penyelenggaraan harta-harta Majlis didalam keadaan yang baik dan boleh dihuni.
  • Menyediakan pangkalan data bagi kawasan-kawasan lapang dan jalanraya-jalanraya dibawah penyelenggaraan MPKj yang berpotensi untuk tujuan penyewaan.

Fungsi

  • Bahagian Pengurusan Harta.
  • Bahagian Pengurusan Tanah, Penswastaan dan Papan Tanda Iklan (luaran.)
  • Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
  • Bahagian Tuntutan Tunggakan sewaan dan promosi.
  • Bahagian Pentadbiran.

 

  1. Bertindak mengurus hal-hal yang berkaitan dengan penyewaan harta-harta Majlis Perbandaran Kajang yang merangkumi pasar, medan selera, harta komersial dan ruang niaga. Aspek-aspek penyewaan yang perlu dititikberatkan meliputi sistem inventori penyewa yang lengkap dan pembayaran sewa semasa dan proses tuntutan tunggakan yang teratur.
  2. Memastikan bahawa setiap harta Majlis yang disewakan mendapat pulangan sewaan yang maksima. Akhir sekali fungsi bahagian ini adalah untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan insurans bagi harta-harta Majlis.
  3. Membuat kajian, analisa dan seterusnya membangunkan hartanah milik Majlis dengan cara usahasama dengan syarikat-syarikat swasta. Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Hartanah akan menyenarai tapak-tapak gerai yang telah diluluskan di dalam kelulusan merancang dan membuat permohonan untuk pewartaan.
  4. Mengenalpasti dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan tanah-tanah kerajaan dan jalanraya-jalanraya yang sesuai yang sesuai untuk pembangunan papan iklan (billboard).
  5. Melaksanakan urusan penyelarasan aduan jabatan bagi membolehkan MPKj menjalankan fungsi ditetapkan dengan cekap dan berkesan.
  6. Mengumpul dan mengemaskini maklumat-maklumat harta yang terdapat di dalam kawasan Majlis bagi tujuan analisa sewaan mengikut kawasan.
  7. Mengumpul dan mengemaskini maklumat-maklumat harta yang terdapat di dalam kawasan Majlis bagi tujuan analisa sewaan dalam menjalankan kerja-kerja penilaian pada masa akan datang.
  8. Memproses maklumbalas aduan yang diterima oleh pihak jabatan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) / email / Ahli Majlis.

Hubungi Kami
Jabatan Pengurusan Harta
Tingkat 4B, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No. Faks : 03-87393299