MENU

14 September 2024 (Sabtu)
12 Tengah hari
Restoran Sate Hj Samuri

Tourism Selangor melalui Jabatan Promosi melaksanakan Fam Trip bersama ACCKA dengan tujuan mempromosi industri pelancongan negeri Selangor di pasaran antarabangsa.

Fam Trip ini dilaksanakan dari 13-18 September 2024 dengan 10 wakil agensi pelancongan antarabangsa yang diiringi oleh pegawai daripada Tourism Selangor dan Malaysian Association Of Tour & Travel Agent (MATTA) dijadualkan ke beberapa daerah di Negeri Selangor seperti Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak dan Klang.

Jam 12 tengahri tadi rombogan ini tiba di Restoran Sate Haji Samuri bagi menikmati makanan warisan negeri Selangor ini. Mereka juga turut diberi penerangan ringkas bekenaan sejarah sate kajang dan juga cara penyediaannya termasuk melihat sate dibakar.

Sebelum berangkat ke lokasi seterusnya, rombongan juga menerima cenderahati daripada MPKj yang disampaikan oleh Puan Hezreen Mazura binti Jamel, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Masyarakat sebagai tanda penghargaan.

farm trip