MENU

31 Disember 2022, Bangi - Karnival Sukan 3k Piala Yang Dipertua MPKj telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Uptown Sports Bandar Baru Bangi.

Program yang julungkalinya dianjurkan serentak 3 acara ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dan mendapat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan daripada pasukan amatur di kawasan Hulu Langat dan daripada luar dengan anggaran 800 orang peserta.

Acara yang dipertandingkan adalah futsal sebanyak 32 pasukan, bola jaring 32 pasukan dan juga badminton 32 pasukan dengan hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM10,000.00, medal dan piala untuk setiap acara disampaikan selepas tamat acara pertandingan.

Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn. Rosaliza Binti Ghazali, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat selaku ketua program.

Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Tahniah juga kepada barisan AJK program yang bertungkus lumus untuk menjayakan program dengan lancar. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

karnival sukan