MENU

Unit Integriti, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan Program Sempena Sambutan Hari Integriti Majlis Perbandaran Kajang yang bertajuk Norma Baharu Pengurusan Kewangan Era Pandemik “Hutang Baik Vs Hutang Jahat” pada 19 November 2021 secara dalam talian melalui aplikasi “Google Meet” dan “Youtube Live” yang disampaikan oleh Puan Rohanizam Binti Talib, Ketua Seksyen Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran di Jabatan Khidmat Nasihat Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Kuala Lumpur dan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan di MPKj.

Program ini sebagai salah satu agenda pengukuhan integriti di MPKj dalam memupuk sikap bijak mengurus hutang dan kewangan serta membudayakan integriti dalam kalangan kakitangan MPKj.

Taklimat tersebut juga turut menyentuh perihal pengurusan kewangan serta menjemput kakitangan Majlis Perbandaran Kajang untuk mendapatkan khidmat nasihat kewangan secara percuma. AKPK juga memberikan servis bagi mendapatkan laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit bagi pelanggan yang ingin mengetahui kedudukan kewangan dan hutang mereka untuk tujuan membuat pinjaman.

Adalah diharapkan agar semua warga kerja MPKj dapat mengurus hutang dan kewangan secara berhemah kerana masalah hutang dan kewangan yang serius akan membawa kepada masalah integriti sebagai seorang penjawat awam di MPKj.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 6 Oktober 2022 - 9:35am