MENU

 

2 Jun 2022, Unit Integriti Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah membuat lawatan kerja ke Unit Integriti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala diantara Unit Integriti Majlis Perbandaran Kajang dan Unit Integriti Majlis Perbandaran Selayang serta perkongsian ilmu mengenai penyediaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP).

Lawatan kerja tersebut yang diketuai oleh Puan Nur Asmalaila Binti Amlan, Ketua Unit Integriti MPKj turut disertai Puan Noor Aiza Binti Mohd Hussin, Pembantu Tadbir Kanan Unit Integriti dan Encik Muhammad Hadi Bin Zai Zani, Pembantu Tadbir dari Unit Integriti MPKj. Lawatan kerja ini, telah disambut oleh Ketua Unit Integriti MPS iaitu Encik Rozaihan bin Ramli, Puan Noor Fifi Fadzira bt. Roslan, Penolong Pegawai Tadbir dan Puan Nurul Adha Izzati Bt. Md Zazuli, Pembantu Tadbir dari Unit Integriti MPS.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Unit Integriti MPS di atas kesudian menerima lawatan dari Unit Integriti MPKj. Terima kasih juga di atas perkongsian ilmu serta pengalaman dalam penyediaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) di MPKj.