MENU

14 April 2022, Unit Integriti Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menerima lawatan daripada Unit Integriti S P Setia Berhad bertujuan untuk membuat penanda aras pelaksanaan semua fungsi-fungsi teras Unit Integriti sebagaimana yang digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 – Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam serta sesi perkongsian maklumat untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara Majlis Perbandaran Kajang dan S P Setia Berhad.

Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Roslan Bin Hanapiah, Pengurus Kanan dan Puan Noorafida Binti Abdullah, Eksekutif Kanan Unit Integriti S P Setia Berhad. Kehadiran wakil daripada Unit Integriti SP Setia Berhad telah disambut oleh Puan Nur Asmalaila Binti Amlan, Ketua Unit Integriti MPKj dan Encik Muhammad Hadi Bin Zai Zani, Pembantu Tadbir Unit Integriti MPKj.

Sekalung penghargaan dan terima kasih Unit Integriti S P Setia Berhad di atas kesudian membuat lawatan di MPKj dan lawatan yang diadakan hampir dua 2 jam tersebut memberikan peluang untuk kedua-dua agensi berkongsi pengalaman dalam memastikan tadbir urus di kedua-dua agensi lebih berintegriti dan komited.