MENU

Julung kali diadakan di Bandar Kajang selepas pembukaan sektor ekonomi dan sosial dibuka sepenuhnya di ibunegara mulai April 2022. MPKj membuka tirai festival merancakkan kembali ekonomi khususnya para pengusaha / peniaga makanan dan minuman dengan membawakan 30 pengusaha kopi dan pastri yang terkenal dan viral serta pastinya menjadi kegemaran muda-mudi masa kini pada 25 dan 26 Jun 2022 di Lebuh Kopi Kajang. 

Yang Dipertua MPKj, YBhg.Tuan Haji Najmuddin bin Jemain bersama YB Tuan Hee Loy Sian EXCO Pelancongan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri Kajang, YDH ACP Mohd Zaid bin Hassan Ketua Polis Daerah (OCPD) Kajang, YBrs. Kapten Roslan bin Lok Angkatan Pertahan Awam Hulu Langat dan Encik Nasir bin Rashid daripada TF  Studio penganjur bersama MPKj di festival Lebuh Kopi Kajang hari ini. Turut hadir pada perasmian hari pertama hari ini Timbalan Yang Dipertua MPKj, Ahli-Ahli Majlis,  Pengarah Jabatan serta Pegawai Kanan MPKj menyerikan suasana yang hangat dengan aroma kopi yang sedap.