MENU

18 Julai 2022( Isnin ) Menara MPKj - YBhg.Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah menyaksikan Sesi Tandatangan Piagam Projek disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof Bin Ismail Ketua Pengarah Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia ( MAMPU ), YBhg. Dato' Ruslin Bin Jusoh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan YBhg.Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang. 

Turut hadir adalah YB Dato' Haji Haris Bin Kasim Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi Bin Zakaria Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri,  YBhg. Dato' Mohd Sayuthi Bin Bakar Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, Encii Muhammad Razman Bin Abu Samah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan ) Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YBrs. Tuan Ar.Mohamad Nazli Bin Ramli Pengarah Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan Jabatan Kerajaan Tempatan, YBrs. Dr.Mohd Bakhari Bin Ismail Timabalan Ketua Pengarah Transformasi Permodenan Pengurusan dan YBrs. Puan Siti Sapura Binti Rafaee Pengarah Bahagian Perundingan ICT MAMPU serta Tuan Kamaruzaman Bin Salimin Timbalan Yang Dipertua MPKj.

Selaras objektif Norma Baharu Penyampaian Perkhidmatan Awam ( NBPPA ) iaitu memperkasa dan mewujudkan norma baharu penyampaian perkhidmatan awam yang berorientasikan pendigitalan perkhidmatan kepada rakyat (G2C) dan komuniti perniagaan (G2B) dengan meningkatkan penggunaan perkhidmatan E2E, memperkasa perkhidmatan separa E2E dan Memgurangkan bilangan urus niaga di kaunter fizikal bagi perkhidmatan yang telah dilaksanakan secara E2E.

MPKj ke arah Bandaraya Berdaya Huni Menjana Ekonomi Negara komited dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran dan kemudahan infrastruktur bertaraf tinggi untuk keselesaan rakyat yang telah melebihi 1 Juta penduduk pada tahun 2020. Bagi menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan, MPKj mempunyai 50 perkhidmatan melibatkan kumpulan sasar rakyat Government to Citizen (G2C) dan Komuniti Perniagaan Government to Business (G2B) dengan pecahan 26 perkhidmatan E2E, 4 Perkhidmatan Separa E2E dan 20 Perkhidmatan E-Kaunter.