MENU

Pada malam 18 Ogos 2022 telah diadakan Majlis Penutup Sesi Penilaian GHL Geopark.

Majlis dirasmikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan Negeri Selangor Merangkap Pengerusi Majlis Penasihat GHL Geopark. Turut hadir Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang, Tuan Haji Najmuddin bin Jemain beserta Tuan Hj Reduan bin Idris, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan dan Pn Nursilawati bt Abd Rahim, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Perancangan Pembangunan.

Sesi penilaian kebangsaan Gombak - Hulu Langat Geopark (GHL Geopark) telah diadakan pada 15-18 Ogos 2022. Kawasan MPKj telah dinilai pada 18 Ogos 2022 yang meliputi Geotapak Kolam Air Panas Dusun Tua, Kolam Air Panas IKTBN, Kolam Air Panas Artesian, Syis Jelebu, Empangan Semenyih, Air Terjun Sungai Tekala dan Granit Semenyih. GeoSchool di Sekolah Kebangsaan Dusun Tua dan GeoKomuniti di Sangkot Garden.

Terima kasih kepada barisan Panel Penilai dan Pemerhati Geopark Kebangsaan iaitu Profesor Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed, Tuan Ludi bin Apin dan Pn. Ain Maisyarah binti Yazrol.

Ucapan terima kasih juga kepada Dato’ Dr. Mokhtar bin Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan di atas perkongsian dan tunjuk ajar ke arah geopark kebangsaan dan antarabangsa.

Semoga sesi penilaian GHL Geopark memperolehi pengiktirafan Geopark Kebangsaan dan seterusnya memperolehi UNESCO Global Geopark pada tahun 2025.

#GeoparkGHL