MENU

Malaysia #QuranHour diadakan sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-65 dalam usaha menghayati Surah al-Sajdah dalam membina negara Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur (negara baik yang mendapat keampunan Allah SWT) serta membentuk Keluarga Malaysia yang teguh bersama melalui formula sujud & infak.

Malaysia #QuranHour pada tahun ini akan diadakan pada 30 Ogos 2022 bersamaan 2 Safar 1444H, Jam 11.00 pagi – 1.00 petang. Program ini dianjurkan untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia di dalam dan luar negara untuk bersama memahami intipati Surah Al-Sajdah demi membentuk sebuah negara yang harmoni, progresif dan utuh berdasarkan prinsip yang diformulasi daripada al-Quran.

Majlis Perbandaran Kajang turut tidak ketinggalan menyokong program ini dgn diketuai Tuan Hj Najmuddin bin Jemain, Yang Dipertua MPKj bersama-sama En Kamaruzaman bin Salimin serta dan juga pengarah-pengarah jabatan MPKj.