MENU

Pada 28 Julai 2022 (Khamis), Majlis Perbandaran Kajang telah menerima kunjungan enam (6) orang Panel Penilai Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) dari Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melaksanakan penilaian serta penarafan bintang ke atas Majlis Perbandaran Kajang.

Panel yang diketuai oleh Encik Marthandan A/L Yathamaniam bersama Encik Chin Khien Leong, Cik Rohaizan binti Husin, Puan Hasnizah binti Salleh, Encik Muhamad Aizuddin bin Safiaai dan Cik Zamzamah binti Zainuddin telah membuat penilaian bagi 257 kriteria meliputi 4 aspek utama iaitu Pengurusan, Perkhidmatan Teras, Pengurusan Pelanggan serta Penglibatan Komuniti Dan Pandangan Penduduk.

Perasmian Pembukaan pada 9:00pagi dan Penutupan pada 4:30petang oleh Yang Dipertua, Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain turut dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua, para pengarah, ketua unit, para pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Kajang.

Panel penilai juga telah melawat Pusat Pelupusan Kenderaan (ELV) di Bandar Teknologi Kajang serta Pangsapuri Gagah dan Dewan Komuniti Taman Tun Perak di Cheras.

Panel penilai turut berkongsi pandangan dan cadangan yang wajar dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kajang bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta pencapaian MPKj dalam pelbagai proses kerja.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada panel penilai KPKT, para pegawai dan kakitangan MPKj atas kerjasama serta komitmen sepanjang proses penilaian dijalankan.