MENU

4 September 2022, Taman Rekreasi Bandar Mahkota Cheras- Keunikan dihiasi cahaya tanglung di Pesta Tanglung Peringkat Dun Kajang pada tahun 2022 disambut meriah oleh warga penduduk Bandar Mahkota Cheras dan sekitar selepas selama dua tahun setengah acara ini tidak diadakan berikutan wabak Covid 19 dalam negara. Erti semangat kemerdekaan negara dapat dihayati melalui penganjuran Pesta Tanglung dan Perayaan Kuih Bulan pada bulan September 2022 dengan pelbagai acara seperti Pameran Tanglung, Pertandingan Merekacipta Tanglung, Pertandingan Menghias Kuih Bulan, Teka-teki Tanglung, Persembahan Gendang Cina Dan Kebudayaan Hanfu, Pasar Seni, Gerai Makan serta Cabutan Bertuah.

Y.A.B Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor berkesempatan meluangkan masa hadir dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan sambil disaksikan oleh Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Kerajaan Negeri Selangor merangkap Adun Kajang. Sekalung tahniah kepada para pemenang. Menyemarakkan Perayaan Pesta Tanglung Peringkat Dun Kajang tahun 2022 kehadiran Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping, Y.B. Chua Tian Chang, Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin, YBrs. Dr.Ani Binti Ahmad Pegawai Daerah Hulu Langat, YBrs. Encik Kamaruzaman Bin Salimin Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang ( MPKj ), Puan Lim Kim Eng Ahli Majlis MPKj Zon 3, Encik Ong Seng Peng Ahli Majlis MPKj Zon 15, Encik Balamurali a/l Govindaraju Ahli Majlis MPKj Zon 13, Encik Kwan Say Hong Ahli Majlis MPKj Zon 11, Encik Sun Kin Wah Ahli Majlis Zon 6 dan Puan Siti Razimi Binti A Razak Ahli Majlis MPKj Zon 10. Ucapan penghargaan kerjasama menjayakan Pesta Tanglung Dun Kajang 2022 dan terima kasih juga dirakamkan kepada Persatuan Tionghua Hulu Langat, AMK Pusat Keadilan, Pengerusi Persatuan Penjaja & Usahawan-usahawan khususnya dari Bandar Mahkota Cheras dan Sg.Long, Pengerusi Taman & AJK, Pengerusi MC/JMB serta barisan AJK.

Semangat muhibah perayaan pelbagai bangsa dan kaum dalam kawasan pentadbiran MPKj merupakan simbol kebersamaan Rakyat Selangor bertemakan #KitaSelangor Teguh Bersama menikmati kemakmuran perpaduan selari dengan mendokong teras Rukun Negara Malaysia.

#MPKj25tahun
#bandarayaberdayahuni
#bandarpilihanuntukdidiami #KitaSelangor #TeguhBersama