MENU

Isnin | 29 September 2022

Program Aspirasi OKU Merdeka Majlis Perbandaran Kajang 2022 yang bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Semenyih.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan kerjasama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Semenyih. Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang.

Program ini yang telah diadakan buat julung-julung kalinya adalah bertujuan untuk menyemai semangat cintakan Negara dan juga patriotisme. Selain itu, program seumpama ini diadakan bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 yang akan menjelang beberapa hari saja lagi. Sambutan Hari Kebangsaan ini juga turut diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum tidak terkecuali kepada golongan OKU.

Terdapat beberapa pengisian Program Aspirasi OKU Merdeka 2022 Majlis Perbandaran Kajang iaitu Phantomin, Percussion (Alat Muzik) oleh anak-anak PDK Semenyih serta beberapa pertandingan yang dijalankan iaitu Pertandingan Pakaian Beragam, Pertandingan Kolaj Merdeka serta Pertandingan Mewarna Merdeka dan Kuiz Merdeka.

Muhammad Aiman Nur Irfan b. Md. Bakri dianugerahkan sebagai Tokoh Murid bagi tahun 2022. Pemenang-pemenang pertandingan membawa pulang sijil dan juga hamper.

Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain, Yang Dipertua MPKj, Tuan Kamaruzaman Bin Salimin, Timbalan Yang Dipertua MPKj hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tetamu-tetamu jemputan yang hadir Encik Muhammad Nazri b. Hj. Basrawi Pengerusi PDK Semenyih, Puan Siti Nor Hidayah binti Jamaluddin Penyelia PDK Semenyih, Encik Muhammad Hanafi Bin Jalaluddin Ahli Majlis MPKj Zon 20, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Unit MPKj serta guru-guru PDK Semenyih.

Penglibatan semua pihak dalam penganjuran program seumpama ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dan juga tolong-menolong tanpa mengira bangsa ataupun agama.