MENU

Program Cantik Bersama Alam dengan menggunakan Minyak Masak Terpakai Tahun 2022 kawasan DUN Dusun Tua telah diadakan pada 2hb. April 2022 di Balai Raya Batu 10, Cheras. Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memberi peluang kepada komuniti dalam usaha memelihara alam sekitar dengan cara mengumpulkan minyak masak tersebut untuk dikitar semula menghasilkan produk untuk digunapakai harian. Seramai 40 peserta dari kawasan kejiranan sekitar hadir  dan berpeluang untuk mempelajari pembuatan bahan pencuci dan lilin dengan menggunakan minyak masak terpakai. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dan mengurangkan masalah pembuangan minyak masak terpakai. Program ini juga merupakan usaha dalam pembangunan matlamat pembangunan mampan (SDG) bagi inisiatif SDG 1 (Tiada Kemiskinan), SDG 5 (Kesaksamaan Jantina), SDG 11 (Bandar Komuniti Mampan) dan SDG 12 (Pengguna dan Pengeluaran Bertanggungjawab)