MENU

PENCERAMAH: USTAZ HARRYANTO RIZAL ROKMAN
TARIKH: 26 APRIL 2022
MASA : 9.00 PAGI – 11.00 PAGI
TEMPAT: TEATER MINI, MENARA MPKj

 
Integriti merupakan satu perkataan yang sinonim dan biasa kita dengar saban hari. Maksud Integriti mengikut Kamus Dewan edisi Ketiga ialah kejujuran, keadaan sempurna dan utuh, mempunyai atau menunjukkan komitmen terhadap sesuatu. Dalam Islam, Integriti merupakan satu perkara yang sangat penting terutamanya Integriti dalam pekerjaan.

Apabila kita melihat integriti dalam sudut agama pula khususnya agama Islam. Matlamat utama Allah swt mencipta manusia hidup di atas muka bumi ini adalah untuk beribadah kepada Nya, disamping diberi tanggungjawab dan amanah untuk memakmurkan bumi ini mengikut acuan dan panduan yang telah ditetapkan. Setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah untuk mendapatkan keberkatan dan keredaan dari Allah swt dan dilakukan menurut tuntutan syara’. Oleh itu kita perlulah menanam niat yang ikhlas untuk mendapatkan keredaan dari Allah swt disamping mengharapkan pekerjaan itu diterima sebagai ibadah dan amal soleh. Setiap warga kerja MPKj juga perlulah bijak dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tindakan terutama dalam soal mengelak berlakunya pembaziran. Budaya etika dan integriti adalah untuk membentuk warga kerja yang kukuh ciri-ciri moral dan etika serta mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh berteraskan budi pekerti yang luhur.

Oleh yang demikian, warga kerja MPKj disarankan agar perlu menyemai sikap atau nilai integriti dan bermaruah dalam diri masing-masing yang sekali gus mampu menghindarkan gejala rasuah.