MENU

Alhamdulillah selesai sudah Program Kacau Dodol Vaganza untuk kali yang ke-4 pada 30/4/2022 di CLC Semenyih Sentral. Program yang telah dianjurkan oleh Encik Hanafi Bin Jalalludin ( Ahli Majlis MPKj zon 20 ) telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan. 

Memandangkan Program dodol ini adalah anjuran kali yang ke-4, ianya sudah tidak asing lagi bagi masyarat di sekitar Semenyih tidak mengenal bangsa dan usia. 

Program yang hampir disertai seramai 200 orang tersebut telah selesai tepat jam 1:00 AM.

YDP MPKj ( Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain ) telah hadir pada sesi petang bersama anak muda dalam penyediaan bahan-bahan sebelum memasak dodol. Tuan Haji Najmuddin juga turut serta bersama membantu menyediakan bahan-bahan dan mengacau dodol. 

Pegawai Daerah dan Tanah Hulu Langat( Dr.Ani ) juga telah hadir pada sesi malam untuk bersama-sama dengan komuniti Semenyih dalam acara mengacau dodol. Cabutan bertuah juga telah dicabut dan disampaikan oleh Dr. Ani bagi memeriahkan lagi aktiviti ketika komuniti sedang berlumba-lumba menyiapkan dodol mereka .