MENU

Tarikh: 21 Mac 2023

Masa: 12.00 tgh hari - 5.00 petang

Tempat: Dewan Sekolah Kebangsaan Semenyih

21 Mac 2023 - Program Kempen Bebas Beg Plastik Anjuran Jabatan Pelesenan dan Penjaja MPKj (JPL) di Sekolah Kebangsaan Semenyih adalah bagi memupuk kesedaran berkaitan penggunaan beg plastik di kalangan warga sekolah. Program tersebut turut disertai oleh jabatan dalaman MPKj seperti Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj (JPP), Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPKj (JPK) dan Unit Korporat dan Komunikasi MPKj (UKK) bersama dalam menjayakan Program ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang Mohd Fareez bin Mohd Ariss@Mohd Hatta sambil di saksikan oleh Guru Besar Sek.Keb. Semenyih En Mohamad Abdul Latif bin Abdul Majid, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penjaja En Mohammad Izuddin bin Ramli, Dr Eliani Ezani Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia serta Alumni Sek. Keb. Semenyih En Muhammad Hanafi bin Jalalludin. Sesi mendatangani jalinan kerjasama antara pihak Sekolah, MPKj dan UPM turut dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan program lain pada masa akan datang juga telah dilaksanakan.

Pelbagai aktviti menarik juga telah laksanakan oleh pihak UPM dalam program yang melibatkan pelajar dari tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 berkaitan kitar semula dan pengguna beg plastik. Agensi luar seperti Nestle juga turut menyumbang minuman Milo kepada semua pelajar, guru dan urusetia program

kempen beg plastik