Tarikh: 12 September 2024 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Dewan Seri Chempaka, MPKj.
Program pada hari ini dilaksanakan dengan objektif untuk membantu pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar agar mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Selain itu, Program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk bertanya secara terus kepada pihak ROS. Seramai lebih 200 orang daripada pelbagai persatuan penduduk telah menghadiri program tersebut.
Majlis pada hari ini telah dirasmikan oleh Pengarah, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Selangor), Encik Nurul Azhar bin Husin bersama-sama Penolong Setiausaha, Majlis Perbandaran Kajang, Puan Zalinda binti Zainudin. Sesi pertukaran cenderahati antara dua pihak dibuat sebagai tanda kerjasama rakan strategik program.
Pada sesi pertama, peserta diberikan penerangan berkaitan fungsi Jabatan Pembangunan Masyarakat dan peranan Majlis Perwakilan Penduduk di 24 zon di MPKj. Penerangan telah disampaikan pegawai di Jabatan Pembangunan Masyarakat.
Bagi sesi kedua, peserta telah diberikan penerangan berkaitan Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI) yang diuruskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Sesi penerangan telah disampaikan oleh Encik Hafiz bin Amin. Peserta yang berminat turut dibimbing untuk mendaftar dan menyediakan dokumen bagi permohonan geran tersebut.
Seterusnya bagi sesi ketiga, taklimat berkaitan Pengurusan Pertubuhan Berkualiti telah disampaikan oleh Encik Nurul Azhar bin Husin. Beliau menerangkan secara lengkap bermula daripada proses permohonan sehingga peringkat kelulusan. Sesi soal jawab turut dilangsungkan bagi menjawab persoalan peserta.
Majlis Perbandaran Kajang mengucapkan terima kasih di atas kerjasama ini dan berharap program sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan dapat demi untuk komuniti setempat.