MENU

 

Program Keusahawanan Pahar, MPKj ini diadakan selama 2 hari bermula pada 16 April 2022 hingga 17 April 2022 merupakan kesinambungan daripada Siri 1 yang telah berlangsung pada  19 Mac 2022 hingga 20 Mac 2022. Program ini bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Dewan Sri Cempaka, Mpkj.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat ini telah dirasmikan oleh En Kamaruzaman Bin Salimin, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang.

Peserta yang hadir pada siri 2/2022 ini adalah peserta yang sama menyertai siri 1/2022 untuk melengkapkan program keusahawanan ini.

Semua peserta akan terus dibimbing dan dipantau oleh tenaga pengajar yang dilantik dalam tempoh 6 bulan bagi memastikan mereka mampu menjadi usahawan Pahar pada masa akan datang.

Objektif program ini adalah menyediakan platform bagi usahawan-usahawan yang baru terutamanya untuk bergerak dalam memulakan langkah pertama dalam memulakan perniagaan Pahar.

Memastikan peserta yang telah mengkuti program kemahiran keusahawanan ini mempunyai ilmu untuk menjalankan perniagaan supaya peserta mengetahui strategi awal dari segi aspek pelanggan, keboleh pasaran dan Kawasan perniagaan.

Pelatih mampu menambah peluang mereka melalui konteks perniagaan sebenar, menguasai teknik pemasaran, mengurangkan jurang pemasaran produk, menyediakan perkhidmatan pengiklanan yang baik dan strategi memulakan perniagaan.