MENU

Pada 12 Mac 2022 (Ahad) Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Amal Bangi Selangor (PEKABA) telah menganjurkan Program Komuniti Bangi Ceria, Majlis Perbandaran Kajang yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Najmudin Bin Jemain, Tuan Yang Dipertua, MPKj.

Program yang berlangsung di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi telah bermula seawal pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Di antara objektif program ini diadakan adalah  memberi pengetahuan dan kesedaran tentang tanggungjawab terhadap masayarakat setempat terutamanya kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik seperti Asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU) dan seumpamanya. Selain itu juga, objektif penganjuran program ini adalah sebagai platform hebahan kepada masyarakat setempat berkaitan bantuan khidmat kemasyarakatan yang disediakan oleh Pertubuhan NGO yang terdapat di dalam kawasan pentadbiran MPKj yang diberikan secara percuma kepada mereka yang memerlukan

Beberapa aktiviti lain juga  diadakan seperti Senamrobik, Aktiviti Mewarna Kanak-kanak, Plogging, Forum Dhuha "Komuniti Bahagia, Masyarakat Sejahtera", 

Selain itu juga turut dibuka beberapa kaunter dan booth yang menyediakan perkhidmatan seperti Kaunter Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Booth Jualan Amal, Perkhidmatan Urut Tapak Kaki oleh golongan OKU dan Kaunter Bergerak Kutipan Cukai MPKj.