MENU

Tarikh : 23 Julai 2022 ( Sabtu )
Masa : 7.30 - 9.30 pagi
Tempat : Taman Rekreasi Sungai Chua, Kajang Selangor Darul Ehsan

 

Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Januari 2021 Seri Perdana, Putrajaya. 

Bersempena itu, Majlis Perbandaran Kajang menganjurkan ‘ Program Penanaman Pokok ‘ dengan kerjasama strategik bersama Yayasan Hijau Malaysia melibatkan sumbangan 350 pokok ( spesis : pokok kayu manis, asam gelugur, asam jawa, kasai, tampoi, nona, jentik-jentik, cengkih, sentul dan kayu manis ) dengan konsep beraroma dan pokok nadir. Sun Life Malaysia berbesar hati menyahut seruan kerajaan dengan menyumbangkan 350 pokok kepada Majlis Perbandaran Kajang yang akan ditanam pada Sabtu 23 Julai 2022 di Taman Rekreasi Sg. Chua Kajang.

YBhg.Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, YBrs.Encik Ho Teck Seng, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia danYBrs. Encik Amin Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau telah menyempurnakan dengan menandatangani papan tanda sejarah serta upacara menanam pokok buah-buahan Nadir. Nadir bermaksud pokok buah-buahan yang jarang ditemui. Pokok ini didapati di kawasan negeri tertentu sahaja menjadikannya amat jarang temui apatah lagi dijadikan hidangan. MPKj mengambil insentif dan tanggungjawab sosial supaya pokok-pokok buah nadir ini dapat ditanam di lokasi -lokasi bersesuaian dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

MPKj sedang giat melaksanakan Program Penanaman Pokok bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebanyak 55 ribu batang pokok setiap tahun dan Laporan Penanaman dihantar kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor. Sekitar tahun 2017 hingga pertengahan tahun 2022 MPKj telah menanam pokok pelbagai spesis berjumlah 381,793 batang pokok. Ia selaras dengan Dasar Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran khususnya di dalam usaha ke arah Perbandaran Hijau Rendah Karbon sebagaimana telah ditetapkan didalam Pelan Strategik Majlis Perbandaran Kajang.

Seramai 60 sukarelawan daripada Sun Life Malaysia dan MPKj menyertai tanggungjawab sosial dengan menanam pokok pada hari Sabtu yang indah ini. Sekalung Perhargaan dan Terima Kasih di atas rakan penyumbang MPKj iaitu Sun Life Malaysia serta Yayasan Hijau Malaysia sentiasa bekerjasama dengan pihak Majlis menyokong program penghijauan alam sekitar demi memulihara bumi ini secara selamat dan lestari.

"POKOK KITA,KEHIDUPAN KITA"

#JomTanam100JutaPokok
#mpkj25tahun
#kajangbandaruntukdidiami