MENU

 

11 Disember 2021, jam 5:00 petang, Ahli Majlis Zon 13, Encik Balamurali A/L Govindaraju bersama – sama Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan (JPPK) telah membuat Program Pencegahan Wabak Denggi di Padang Flat Asa Jaya, Kajang.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada penduduk di kawasan tersebut berkaitan pentingnya mencegah wabak denggi daripada terus merebak. Penyampaian taklimat pencegahan denggi telah diberikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan, Encik Qamarun Bin Salim kepada penduduk di taman tersebut.

Adalah dengan adanya program ini diharapkan dapat membantu penduduk untuk meningkatkan kesedaran dalam menjaga kawasan persekitaran dan menghampuskan tempat pembiakan nyamuk.