MENU

Majlis Perbandaran Kajang sedang menjalankan Kajian Pengubahan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang Selangor 2035 (Penggantian). Tujuan Kajian ini dijalankan bagi hebahan kepada orang awam, pemilik tanah dan pihak berkepentingan boleh mengemukakan pandangan kepada pihak Majlis Perbandaran Kajang dan hebahan ini telah dilaksanakan dari 4 Februari 2022 sehingga 1 Mac 2022 selama 1 bulan.

Tujuan publisiti ini adalah memberi peluang kepada orang awam, pemilik tanah dan pihak berkepentingan untuk membuat bantahan dengan menukar zoning supaya selaras dengan hakmilik tanah/geran dan keadaan semasa tapak.

Hebahan ini juga telah dibuat di Laman Web Majlis Perbandaran Kajang, Facebook MPKj, Instagram MPKj, LED di hadapan Menara MPKj, LED di Bandar Baru Bangi dan pemasangan ’banner’ sebanyak 6 lokasi di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.