MENU

Majlis Perbandaran Kajang – Persatuan Suri & Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Hulu Langat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang, Pemadam, Kelab Kecergasan Fit Champion, membuktikan keupayaan dan komitmen tinggi dalam menganjurkan program ini yang melibatkan ahli-ahli Pespanita, kakitangan MPKj, keluarga dan masyarakat setempat melalui Program yang julung-julung kali diadakan ini.

Puan Pegawai Daerah Hulu Langat, merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Hulu Langat, YBrs. Dr Ani binti Ahmad, berkata program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada semua ahli supaya sentiasa mengamalkan senaman bagi mengekalkan tubuh badan yang sihat.

Program Santai Sihat ini telah dihadiri lebih 200 orang peserta bersama 8 orang ‘coach’ yang membuat persembahan sambil diikuti oleh para hadirin. Suasana sungguh meriah dan para hadirin begitu bersemangat melakukan senaman.

Aturcara ini juga turut diselitkan tayangan wayang pacak kepada anak-anak di ruang yang sangat selesa.di dalam dewan.

Pada tepat pukul 12.00 tengah malam, sebanyak 147 das tembakan mercun telah dilepaskan di udara bagi menutup tirai 2022 dan membuka tahun baru 2023.

Dalam pada itu, Dr. Ani berharap program besar ini akan terus diadakan bagi mengekalkan kecergasan kesihatan.

Hadir bersama pada program ini adalah Timbalan Pengerusi PUSPANITA Hulu Langat, Puan Suliza binti Ahmad, Penolong Setiausaha Majlis Perbandaran Kajang, Puan Zalinda binti Zainuddin.

santai sihat