MENU

31 Ogos 2022( Rabu )- Pagi Kemerdekaan Negara yang ke-65 Tahun disambut meriah dengan semangat muhibah oleh seluruh warga penduduk Pangsapuri Hatamas, Cheras dengan kehadiran Y.B Puan Hajah Rodziah Binti Ismail, EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar Dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor sekaligus merasmikan Selangor BEST Mobile Library (SML) iaitu inisiatif perpustakaan bergerak. Selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor memastikan kesejahteraan penduduk negeri Selangor dalam kawasan perumahan dengan memenuhi keperluan pendidikan anak-anak golongan B40 khususnya perumahan pangsapuri kos rendah. Program usahasama antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor ( LPHS ), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ( PPAS ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ingin mewujudkan Pusat Sehenti Ilmu bagi melestarikan Warga Kajang Bandaraya Berdaya Huni.

YBhg.Tuan Haji Najmuddin bin Jemain,Yang Dipertua MPKj, Encik Nor Hanizan Bin Sahib Ketua Penolong Pengarah LPHS, YB Datuk Hasanuddin bin Mohd Yunus,Ahli Parlimen Hulu Langat,Puan Suzliana binti Abdul Hamid, Timbalan Pengarah PPAS dan Encik Farhan Haziq bin Mohamed, Ahli Majlis MPKj Zon 2 berkesempatan meraikan Hari Kebangsaan bersama-sama penduduk Pangsapuri Hatamas yang telah menyertai pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan PeKa B40 KKM, kesihatan wanita dan keluarga daripada LPPKN, pameran kesedaran wabak denggi UKM, pertanian bandar UPM serta pertandingan riadah seperti congkak, mewarna, rekacipta model merdeka dari bahan terpakai dan cabutan bertuah.

Tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi JMB Pangsapuri Hatamas Cheras, Encik Roslan bin Mat Musa berjaya menguruskan program perasmian program SELANGOR BEST dan Mini Karnival Merdeka. Sokongan daripada Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPKj, Sr.Shahril bin Dato’ Omar dan pegawai-pegawai COB MPKj telah berjaya melaksanakan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor #KitaSelangor Teguh Bersama memberdaya kesejahteraan perumahan bandar khususnya di kawasan perumahan bertingkat.