MENU

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memandang berat terhadap penagihan dadah dan sentiasa mengambil langkah-langkah yang tegas untuk memastikan warga kerja MPKj tidak terlibat dengan penagihan dadah. Unit Integriti dan Transparensi, MPKj serta Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan program ujian saringan air kencing secara mengejut dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Langat.

Tarikh   : 3 Februari 2023
Masa    : 10.30 Pagi
Tempat : Teater Mini Cempaka, Tingkat 6,Majlis Perbandaran Kajang

Progam ini dihadiri oleh seramai 6 orang kakitangan AADK. Ujian saringan ini dilaksanakan semasa Kursus Induksi Khusus Siri 1/2023 Majllis Perbandaran Kajang yang baharu. 

Program berakhir dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderamata kepada kakitangan AADK.

air kencing 2