YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) mewakili Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Inovasi Perkhidmatan Awam (SIPA) Tahun 2024 pada 27 Ogos 2024 bertempat di Dewan Perdana, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
SIPA 2024 merupakan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama strategik Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) diadakan pada 27 hingga 28 Ogos 2024 yang bertemakan Cetusan Inovasi Dalam Mendepani Cabaran Era Kecerdasan Buatan.
Sepanjang SIPA 2024 yang berlangsung para penceramah dan panel dari pelbagai agensi dan kepakaran dalam bidang inovasi telah membuat perkongsian ciptaan inovasi dan topik-topik yang menarik.
Terdapat juga 22 buah reruai pameran inovasi dari pelbagai sektor kerajaan dan swasta yang mempamerkan produk dan perkhidmatan agensi tersebut. Pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) turut hadir sebagai peserta dalam SIPA 2024 kali ini.