MENU

Pada 1 April 2022, Unit Pusat Setempat (OSC), MPKj telah mengadakan sesi teach-in Sistem OSC 3.0 Plus bagi pelaksanaan Pelan Landskap secara online di OSC, MPKj yang bertempat di Makmal ICT, MPKj.

Seramai 10 orang peserta daripada Jabatan Landskap dan Rekreasi (JLR), MPKj dan pihak urusetia telah terlibat di dalam sesi tersebut.

Sesi teach-in ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai JLR, MPKj berkenaan penggunaan dan kaedah memprosesan pelan landskap secara online melalui Sistem OSC 3.0 Plus.