MENU

 

Taklimat Kesedaran Covid-19, Vaksin Dan Gaya Hidup Sihat Wanita Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tahun 2021 telah diadakan pada 18hb. September 2021 (Sabtu) diadakan secara online di kediaman masing-masing (Zoom). Program ini adalah kerjasama diantara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melalui Unit Pembangunan Wanita dan Taska, Bahagian Pembangunan Masyarakat bersama Pejabat Kesihatan Dearah Hulu Langat serta NGO Pertubuhan Pimpinan Ekonomi Hawa Selangor.

Taklimat Kesedaran Covid-19, Vaksin Dan Gaya Hidup Sihat Wanita Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tahun 2021 ini bertujuan adalah untuk memberi kesedaran kepada wanita meliputi maklumat wabak Covid-19 dan cara-cara pengurusan dan penjagaan diri masyarakat bersesuaian dengan normal baharu yang sewajarnya diamalkan.

Di samping itu juga, adalah amat penting kepada kaum wanita menjaga amalan pemakanan yang boleh mencegah atau mengurangkan risiko penyakit berbahaya melalui pengambilan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Vaksin Covid-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit Covid-19, semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid-19 yang lebih teruk.

Kehadiran iaitu panel penceramah, peserta dan urusetia  bagi program ini. Diharapkan dengan adanya taklimat ini dapat memberi ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada masyarakat bersesuaian dengan normal baharu.