MENU

PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MPKj MULAI 18 MAC 2020 HINGGA 12 MEI 2020

Bermula dari 18 Mac hingga 12 Mei 2020 semua kaunter perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Menara MPKj dan Pejabat Cawangan di Bandar Tun Hussein Onn dan di Hentian Kajang adalah ditutup kepada orang awam menuruti Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid-19. MPKj juga akan mengambil langkah keselamatan dengan menutup semua laluan masuk ke Ibu Pejabat Menara MPKj.

Pada masa yang sama, MPKj turut akan menutup semua Taman Awam dan Dewan di dalam kawasan Pentadbiran MPKj dari 18 Mac hingga 12 Mei 2020 untuk mencegah penularan wabak Covid-19.

MPKj ingin memaklumkan bahawa semua kerja kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di seluruh kawasan pentadbiran MPKj tetap akan berjalan seperti biasa sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Kerja-kerja ini dijalankan oleh pihak KDEB Waste Management Sdn Bhd dengan pemantauan rapi.

MPKj juga ingin mengingatkan semua penduduk di kawasan Pentadbiran MPKj dipohon untuk terus menjaga kebersihan sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.

Segala kesulitan yang dihadapi susulan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil ini adalah amat dikesali.

Sila layari laman sesawang atau laman media MPKj untuk mengetahui status terkini perkhidmatan MPKj.

1-800-88-6755 (Talian Hotline MPKj)

Arahan :
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG