MENU

Majlis Perbandaran Kajang di bawah Urusetia Unit Pelancongan Jabatan Pembangunan Masyarakat menganjurkan Program River Care 2022 bertujuan memelihara dan memulihara kawasan sekitar tasik cempaka. Kawasan tersebut sering dikunjungi orang ramai bagi melakukan aktiviti riadah dan bersenam.

Program ini juga dapat mewujudkan semangat kerjasama penduduk sekitar dalam menjaga dan memulihara produk pelancongan di kawasan mereka.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong, membersihkan kawasan Sekitar Tasik Cempaka dan kempen menjaga alam sekitar (edaran pamphlet).