MENU

Tarikh : 31hb Mac 2023 (Jumaat ).
Masa : 5.00petang
Tempat : Menara MPKj.

Majlis Perbandaran Kajang ( MPKj ) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Tahun 2023 bagi meraikan warga kerja beserta keluarga, Ahli-Ahli Majlis dan juga Anak-Anak Yatim dari Sekolah Tahfiz Al-Kitab,Beranang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.

Yang Dipertua MPKj, Tuan Haji Najmuddin bin Jemain telah menyampaikan sumbangan duit raya dan barangan keperluan hari raya termasuklah kuih raya kepada 40 orang Anak-Anak Yatim dari Sekolah Tahfiz tersebut.

Majlis Berbuka Puasa ini telah dihadiri oleh Adun Balakong,Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Hulu Langat,Ahli-ahli Majlis MPKj,Pengarah-pengarah jabatan/Unit serta warga kerja MPKj bersama keluarga.

Majlis Berbuka Puasa ini dimeriahkan lagi dengan persembahan dari Kumpulan RAIHAN bagi menghiburkan tetamu yang hadir terutama Anak-Anak Yatim dari Sekolah Tahfiz Al-Kitab,Beranang,Selangor Darul Ehsan.

buka puasa 2023