MENU

15 November 2023 - Yang Dipertua MPKj Tuan Nazli Bin Md Taib dan Timbalan Yang Dipertua MPKj Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta telah dijemput sama menghadiri lawatan turun padang YB Menteri Kerja Raya.

YB Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini telah meninjau lokasi pemasangan cat jalan ‘glow in the dark’ yang pertama di Malaysia iaitu di Jalan Sungai Lalang Semenyih. Turut hadir sama beberapa pegawai kanan dari pihak kementerian dan Kerajaan Negeri serta Ahli Parlimen Hulu Langat YB Tuan Mohd Sany Bin Hamzan.

Konsep mengecat garisan jalan ‘glow in the dark’ ini dibuat oleh Jabatan Kerja Raya. Ia bagi memastikan pengguna jalan raya dapat memandu dengan lebih selamat terutamanya bagi pengguna jalan raya yang tidak biasa memandu melalui sesuatu kawasan yang gelap seperti di kawasan tersebut.

glow 1