MENU

Tarikh: 17-19 November 2023 (Jumaat-Ahad)
Tempat: Johor Darul Takzim

Objektif:

1. Memantapkan pengurusan korporat dan aduan awam melalui lawatan ke Majlis Bandaraya Johor Bahru.
2. Memenuhi sebahagian kriteria penarafan SPB-PBT dan APPC berkaitan lawatan luar.
3. Menyediakan perancangan korporat tahun 2024.
4. Meningkatkan semangat kerja secara berpasukan.

Hasil:

1. Lawatan ke Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 19 November 2023 yang diketuai Encik Kamarul Izlan bin Sulaiman (Pengarah, Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj) telah disambut mesra oleh Encik Mohd Syazwan bin Abdul Rauf (Penolong Pengarah, Unit Korporat dan Perhubungan Awam MBJB) dan Puan Norasmah binti Tukiman (Ketua Unit Perhubungan Pelanggan MBJB). Lawatan berkisar tentang perkongsian fungsi dan tugasan di Unit Korporat, pengurusan aduan serta melawat kaunter utama dan pejabat-pejabat di Menara MBJB.

2. Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj telah selesai menyediakan perancangan atau takwim tahun 2024.

3. Kursus ini telah meningkatkan semangat kerja berpasukan serta keserasian antara pegawai dan kakitangan Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj.

jb 1