MENU

Program Khidmat Masyarakat (CSR) Jabatan Landskap Dan Rekreasi, MPKj dengan kerjasama ETIKA Sdn. Bhd. telah diadakan di Taman Bandar, Bandar Seri Putra. Antara fokus utama program ini adalah melaksanakan kerja-kerja mengecat fasiliti seperti wakaf dan meja rehat yang ada di Taman Bandar, Bandar Seri Putra.

Jangka masa panjang, pihak ETIKA Sdn. Bhd. juga berhasrat untuk melaksanakan pemasangan lampu solar disetiap wakaf yang ada di dalam Taman Bandar, Bandar Seri Putra.

Jabatan Landskap dan Rekreasi, MPKj juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dalam pelbagai bentuk usaha untuk pengindahan dan keceriaan yang akan mendapat manfaat pada orang awam.

khidmat masyarakat