MENU

23 April 2024- Majlis angkat sumpah dan bacaan ikrar Ahli Majlis baharu, Majlis Perbandaran Kajang iaitu En. Ahmad Fuad bin Abdul Rahman telah berlangsung di hadapan Yang Dipertua MPKj, YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib dan Timbalan Yang Dipertua MPKj, Tuan Mohd Fareez bin Ariss @ Mohd Hatta.

Selesai majlis angkat sumpah, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Majlis, Majlis Perbandaran Kajang Bil.4/2024 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Cempaka Putih 1, Menara MPKj dan dipengarusikan oleh Yang Dipertua MPKj. Dengan pelantikan ini telah melengkapkan kesemua senarai 24 orang Ahli Majlis MPKj bagi penggal Tahun 2024 hingga 2025.

Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan berharap beliau dapat melaksanakan tugas dengan komited dan proaktif dalam memperkukuh lagi mutu perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang.

angkat sumpah