MENU

Name  : Haji Reduan bin Idris, P.P.T
Email   : reduan [at] mpkj [dot] gov [dot] my

Objective

Memberi perkhidmatan perancangan dan pembangunan bandar untuk keselesaan warga penduduk selaras dengan ketetapan ISO dan dasar Majlis.

Mission

Memastikan perancangan pembangunan selaras dengan Misi Majlis.

Vision

Ke arah perancangan yang harmoni dan mampan.

Function

  • Memastikan perancangan gunatanah yang teratur berdasarkan kepada rancangan struktur/tempatan, dasar dan garis panduan perancangan.
  • Memproses permohonan kebenaran merancang berdasarkan kepada peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172.
  • Menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap isu-isu semasa perancangan dan pembangunan.
  • Melaksanakan program Bandar Selamat, Pembangunan Mampan dan MURNInet.
  • Menyediakan dan meneruskan penyediaan Rancangan Pemajuan (Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas).
  • Menyediakan pelan-pelan tindakan bagi kawasan baru yang hendak dimajukan atau dinaiktaraf.
  • Menyediakan data dan maklumat serta membangunkan aplikasi berdasarkan isu-isu perancangan dan pembangunan secara digital.
  • Menyediakan maklumat dan memantau urusan setinggan, kilang dan bangunan tanpa kebenaran.
  • Melaksanakan tindakan penguatkuasaan di bawah peruntukan Akta 172.
  • Mengendalikan projek-projek bersama dengan kerajaan negeri dan persekutuan dalam memperkukuhkan organisasi jabatan dibawah program Pembangunan mampan seperti Program Bandar Selamat, LA21, MURNINet, ‘Low Carbon City’ dan ‘Smart City’ dan lain-lain lagi.
  • Merancang dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang selari dengan kepesatan pembangunan untuk kemudahan dan keselesaan warga MPKj.
  • Mewartakan kawasan lapang dan tapak-tapak kemudahan awam di bawah kawal selia MPKj bagi memastikan tanah-tanah kerajaan terkawal dan tidak dicerobohi.
  • Memantau dan memproses permohonan ‘guarded community’ bagi perumahan sediada.

 

Contact Us

Development Planning Department
3A Floor, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Faks No.: 03-87331260