MENU

Majlis Kolaborasi Strategik Pemerkasaan Pendigitalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor anjuran Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah diadakan pada 29 November 2022 bertempat di Premiere Hotel, Klang.

Majlis perasmian ini telah disertai oleh 12 PBT Negeri Selangor dan setiap PBT telah menghasilkan Pelan Strategik Pendigitalan sebagai inisiatif pendigitalan dalam sektor awam yang akan diguna pakai sehingga tahun 2025.

Pada majlis ini, Ybhg. Tuan Hj. Najmuddin bin Jemain, YDP MPKj telah menandatangani dan menerima sijil persetujuan kolaborasi strategik pendigitalan PBT Negeri Selangor bersama MAMPU yang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail, Ketua Pengarah MAMPU. Turut hadir sama YB Dato' Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

#mpkjdihati

#kajang bandaruntukdidiami

#25tahunjubliperak