MENU

MENARA MPKj - Pada 15 November 2023 (Rabu) telah berlangsungnya Konvensyen Mini Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) serta Hari Inovasi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tahun 2023 bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Terdapat empat kumpulan KIK yang bertanding pada tahun ini iaitu:

1) MARTPRO
2) REAL IMPACT
3) GEN ZZAASS
4) V-QUEST

Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta (Timbalan Yang Dipertua MPKj) turut sudi melawat reruai kumpulan KIK yang bertanding bertempat di lobi Menara MPKj.

Dua orang juri luar telah dijemput dan hadir untuk mengadili projek KIK yang dipertandingkan.

Pelbagai aktiviti dan permainan turut diadakan kepada kakitangan MPKj dan orang awam sempena Hari Inovasi Majlis Perbandaran Kajang tahun 2023.

KIK 1