MENU

19 Disember 2023 - Selasa telah berlangsung sesi Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Kempen Bayar Dan Menang Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2023 bertempat di Lobi Menara MPKj.

Seramai 15 pemenang daripada keseluruhan 33 pemenang telah hadir ke majlis tersebut. YBrs Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Turut hadir Ahli-ahli Majlis dan Pengarah Jabatan MPKj.

Berikut merupakan hadiah-hadiah yang telah dimenangi oleh para pemenang:

  • 13 unit telefon pintar
  • 2 unit ipad
  • 2 unit peti sejuk
  • 2 unit televisyen
  • 2 unit mesin basuh
  • 4 unit penghawa dingin
  • 8 kad tambah nilai e-wallet Touch n GO

Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang bertuah.Terima kasih kerana laksanakan kewajipan statutori pemilik pegangan berkadar sebagaimana kehendak Seksyen 127 dan 133, Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171).

MPKj komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai perbandaran yang berkualiti, berdaya huni serta responsif.

cabutan bertuah