MENU

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 9 November 2023 telah menerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar 'Smart City Early Adopter 2023' daripada YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib (Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan). Majlis yang diadakan di Kompleks Persidangan Perbadanan Putrajaya adalah bersempena Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan.

MPKj merupakan di antara 25 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia yang memperoleh anugerah tersebut. Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta (Timbalan Yang Dipertua MPKj) telah hadir menerima piala, sijil dan cek cura peruntukan khas bernilai RM200,000.

bandar pintar