MENU

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 18 November 2023, Sabtu telah menerima Penghargaan Bandar Mampan 2023 daripada YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari (Dato’ Menteri Besar Selangor).

Majlis yang diadakan di Dewan Jubli Emas Kampung Endah adalah bersempena dengan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023.

YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib (Yang Dipertua MPKj) telah hadir menerima piala dan sijil penghargaan yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor yang memperoleh keputusan mampan berdasarkan penilaian daripada Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNinets).

Selain itu, kumpulan MPKJ CLAN'S yang mewakili Majlis Perbandaran Kajang dalam Pertandingan Fun Amazing Kampung Race telah berjaya memperoleh tempat kedua dari 12 pasukan bertanding.

bandar mampan