MENU

6 Januari 2024 - Majlis Perbandaran Kajang dan Tourism Selangor telah berkolaborasi bersama penganjur program Kajang Heritage Walk iaitu Management & Science University MSU. Timbalan Yang Dipertua MPKj, Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta telah dijemput mengiringi majlis perasmian oleh Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr. Junainah Abd Hamid dan bersama-sama berjalan ke tempat-tempat heritage yang terdapat di Bandar Kajang. 6 lokasi bangunan warisan yang terdapat di Bandar Kajang antaranya Tokong Shen Sze She Yar, Pusat Warisan Kajang, Kedai Biskut, Pejabat Pos, Sate Putra dan Lorong Pejalan Kaki Jalan Sulaiman. Turut hadir ke program yang bermula seawal jam 7.00 pagi ini iaitu Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Puan Rosaliza Bt Ghazali dan pengarah-pengarah jabatan MPKj yang lain. Program bagi edisi yang ke-5 dianjurkan oleh MSU ini telah berlangsung di Stadium Kajang @ Dataran MPKj.

heritage

heritage