MENU

9 Januari 2024 - Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Fotografi Dan Videografi Majlis Perbandaran Kajang 2023 telah diadakan di Bilik Banquet Menara MPKj.

Pertandingan yang telah masuk tahun yang ke-5 ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dan ianya terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia. Gambar yang diambil juga hendaklah di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang sahaja.

Pertandingan ini telah bermula daripada 1 November 2023 dan berakhir pada 15 Disember 2023. Pertandingan fotografi telah dibahagi kepada dua Kategori iaitu Pemandangan Lanskap dan Gaya Hidup manakala Videografi bertemakan video tempat pelancongan. hadiah wang tunai terkumpul sejumlah RM13,900.00 menjadi rebutan peserta.

Majlis penyampaian hadiah ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Nazli Bin Md Taib (Yang Dipertua MPKj) dengan diiringi Tuan Mohd Fareez Bin Ariss @ Mohd Hatta (Timbalan Yang Dipertuan MPKj) bersama En. Kamarul Izlan Bin Sulaiman (Pengarah Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam).

Tahniah diucapkan kepada semua 19 orang pemenang yang telah terpilih memenangi Pertandingan Fotografi Majlis Perbandaran Kajang 2023.

fotografi