MENU

Tarikh : 12 Januari 2024, (Jumaat)
Masa : 10.30pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 7,Menara MPKj.

DELEGASI ROYAL COMMONWEALTH SOCIETY ASIA seramai 20 orang dari Chennai,India diketuai Mr.Dinesh telah melakukan lawatan ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bagi mempelajari dan menimba ilmu pengetahuan berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutama dari segi perancangan pembangunan tempatan,pengurusan kewangan, sosio ekonomi dan budaya, pusat-pusat ilmu pengetahuan dan sebagainya.

Sesi pembentangan dan soal jawab telah disampaikan oleh Encik Kamarul Izlan bin Sulaiman,Pengarah Unit Perancangan Korporat Dan Perhubungan Awam(UKK) dibantu Puan Syazwani bin Othman,Penolong Pengarah,Jabatan Perancangan Pembangunan (JPP) bagi sesi soal jawab bersama ketua delegasi rombongan dan peserta.

Peserta rombongan terdiri dari pelajar-pelajar dari sebuah institusi pendidikan di Chennai,India dalam pelbagai bidang terutama dari bidang perancangan pembangunan,pengurusan kewangan dan sains sosial.

lawatan