MENU

15 Januari 2024 (8.30 pagi) ~ Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 bersama Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri

Amirudin Shari di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz.

Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua MPKj, Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj serta barisan pengurusan tertinggi MPKj telah hadir secara fizikal dalam majlis ini. Pegawai dan kakitangan MPKj turut menyertai secara dalam talian di Mini Teater, Aras 6, Menara MPKj bagi mendengar amanat yang disampaikan.

Tahniah kepada Smart Kiddie daripada Jabatan Perancangan Pembangunan yang telah menerima Anugerah Khas Inovasi Selangor daripada Dato' Menteri Besar Selangor atas pencapaian cemerlang di peringkat antarabangsa. Kumpulan Smart Kiddie telah mewakili Malaysia dan Negeri Selangor ke International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) Tahun 2023 di Beijing dan menerima anugerah tertinggi emas.

Smart Kiddie telah mempertaruhkan inovasi sistem 'We Care ONLINE'. Inovasi ini merupakan sistem maklumat tukar kegunaan bangunan kediaman kepada tadika,taska dan pusat jagaan secara online. Sistem ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah berkaitan proses pendaftaran dan pantauan yang kurang efektif terhadap permohonan tukar kegunaan bangunan di MPKj.

Sistem We Care online ini juga menyediakan maklumat kelulusan,lokasi dan kemudahan yang ditawarkan oleh tadika, taska dan pusat jagaan secara digital atas talian pada bila - bila masa.

smart kiddie